JASIN: Pembinaan telaga tiub bagi menyelesaikan masalah air di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dijangka siap pada Mac ini, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Beliau berkata projek berkenaan kini dalam fasa pemasangan tiub di beberapa lokasi dikenal pasti oleh UMS yang mempunyai bekalan air.
"UMS memerlukan kira-kira lima ke lapan juta liter bekalan air sehari. Keperluan untuk dapatkan telaga tiub ini sebagai tambahan bagi membantu sebanyak 30 peratus (daripada jumlah keseluruhan keperluan air di UMS).
"Nak kata (masalah air dapat) selesai (secara) keseluruhan ia perlu (campur tangan) daripada kerajaan negeri Sabah," katanya ketika ditemui pemberita di Serkam Pantai di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan enam telaga tiub dibina bagi mengatasi masalah bekalan air di UMS menggunakan peruntukan RM3 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mei tahun lepas.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud sebelum ini dilaporkan berkata projek pembinaan empat telaga tiub kini sedang dilaksanakan dua kontraktor yang dipertanggungjawabkan dan projek itu dalam fasa penggerudian.
Zambry berkata pengurusan universiti perlu peka dengan sebarang masalah yang berlaku di institusi pendidikan mereka kerana ia melibatkan kebajikan pelajar.
"Saya tahu mereka (UMS) menghadapi masalah yang besar dan berpanjangan sejak 2021. Seharusnya universiti menjadikan ia keutamaan (untuk menyelesaikan masalah air tersebut). Alasan tak ada peruntukan mereka boleh maklumkan kepada kerajaan untuk selesaikan.
"Saya elak untuk letak tuduhan, menyalahkan (pengurusan universiti). Saya nak supaya mari kita bekerja untuk selesaikan masalah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 16 2024
Zanbry berkata projek berkenaan kini dalam fasa pemasangan tiub di beberapa lokasi dikenal pasti oleh UMS yang mempunyai bekalan air. - Gambar fail/Bernama
NATO tetap komited elak pertembungan langsung dengan Rusia berhubung Ukraine
Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) tetap komited untuk mengelakkan pertembungan langsung dengan Rusia berhubung Ukraine dan ini kekal sebagai matlamat utama.
Grid bekalan elektrik Sabah berdepan kekurangan rizab penjanaan - SESB
Grid bekalan elektrik Sabah berdepan kekurangan rizab penjanaan berikutan penyelenggaraan sedang dilakukan di Stesen Janakuasa Rugading, bermula Sabtu (25 Mei) hingga 2 Jun ini.
Jumlah pendaratan penyu di negara ini meningkat - DOF
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) merekodkan jumlah pendaratan penyu di perairan negara ini meningkat sebanyak 11.17 peratus pada tahun lepas.
SQ321: Ahli keluarga masih dalam kesakitan, tidak dapat lelapkan mata
"Ahli keluarga saya masih dalam kesakitan, dan ada yang masih tidak dapat melelapkan mata di malam hari," kata seorang rakyat Malaysia, Eva Khoo.
Kecederaan pemain: Pan Gon belum mahu tekan butang panik
Menurut Pan Gon, beliau tidak mahu terlalu memikirkan perkara tersebut sebaliknya ingin lebih fokus kepada pemilihan pemain lain.
Johor rancang buka 10 lagi pusat data
Johor merancang untuk membuka 10 lagi pusat data di negeri berkenaan bagi menarik pelabur luar sekali gus meningkatkan pertumbuhan kadar ekonomi serta peluang pekerjaan.
Pulau Pinang dicadang wujud Jawatankuasa Khas bincang hal ehwal agama Islam
Muhammad Fauzi berkata, ia penting kerana menyedari sensitiviti yang berkaitan dalam menangani isu-isu berkaitan hal ehwal Islam dan Melayu.
Lenovo umum enjin baharu dikuasakan AI bagi bantu perniagaan kurangkan jejak IT
Ia bagi memperkasakan perniagaan dalam membantu membuat lebih banyak keputusan yang dipacu data dan mampan untuk pembelian teknologi maklumat (IT).
Pesara komando labur hampir ratusan ribu kumpul barang lama
Bermula dengan sebilah keris lama, seorang pesara komando Mansor Mohd, 74, dari Kampung Rhu Renggeh di Marang mula berjinak-jinak mengumpul barang antik sebagai koleksi peribadi.
IHR, perjanjian pandemik: Malaysia berpegang kepada prinsip kesaksamaan dan solidariti - PM
Malaysia berpegang kepada prinsip kesaksamaan dan solidariti untuk dilaksanakan dalam semakan Peraturan-Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) serta perjanjian pandemik.
Program Pascasiswazah Kardiotoraks: 'Beri ruang kepada KKM, KPT bincang dengan AGC'
Zambry berkata, program pascasiswazah UiTM itu dilihat sebagai satu alternatif, sementara menunggu universiti lain sediakan program sendiri.
Malaysia antara negara terkehadapan pelaksanaan dasar pendidikan - Zambry
Malaysia dianggap antara negara yang terkedepan dan mempunyai perancangan yang baik dari segi pelaksanaan dasar pendidikan.
KPT tumpu wujud tenaga mahir khususnya bidang teknologi AI penuhi keperluan negara - Zambry
Ia bagi menampung keperluan permintaan tenaga kerja yang bakal dijana hasil dari penerimaan pelaburan besar diraih negara.
Kehadiran jentera kempen PRK KKB bukti kesepaduan Kerajaan Perpaduan - Zambry
Kehadiran dan komitmen jentera parti Kerajaan Perpaduan pada kempen PRK Kuala Kubu Baharu jelas membuktikan keutuhan kerajaan.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Zambry beri jaminan isu air UMS ditangani segera
Zambry berkata, terdapat beberapa isu yang menyebabkan krisis air di sekitar kawasan UMS masih belum dapat diselesaikan.
Kerajaan Perpaduan umum calon PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan - Zambry
Zambry memaklumkan bahawa pengumuman mengenainya akan dibuat sekitar dua hari sebelum penamaan calon.
Konflik Iran-Israel: Pelajar Malaysia di Asia Barat selamat - Zambry
Seramai 1,872 pelajar Malaysia berada di Jordan, Syria (37), Iran (8), manakala tiada pelajar Malaysia di Lebanon dan Iraq.
PTPTN umum dividen Simpan SSPN 3.60 peratus untuk tahun 2023
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini mengumumkan agihan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) bagi tahun 2023 sebanyak 3.6 peratus.